بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, kali ni dapat juga saya sudahkan request tutorial, sesi mewarna. Entry ni atas permintaan kak Eyna Chan, dan beberapa sahabat yang lain tapi saya tengok hasilnya tak la macam sifu Bro Rusydee punya, tapi tak pe la. yang saya ajar ni basic je ye. Selebihnya korang kembangkan lah ikut kreativity masing-masing. No rule in arts, ok..
Sebelum tu, ada beberapa syarat yang perlu ada:
1. pastikan anda familiar menggunakan adobe photoshop untuk kesan yang lebih menarik (kalau tak jadi jangan mengamuk kat saya, huhu..)
2. Pastikan anda dah biasa mewarna sejak kecil, dah mahir bab tona warna, etc.
3. Pastikan anda membaca bismillah, huhu..
ok, kalau syarat pertama dengan kedua takde, tak pe. Tapi, teruskan berlatih, untuk mendapatkan hasil yang maksimum..sebab tutorial saya ni mungkin terlalu detail.
ok, kita mula sekarang...
**(klik pada gambar-gambar di bawah untuk besarkan.)
Tutorial:
1.Pilih mana-mana gambar yang anda suka.
--klik (File->Open) atau pun button browse di sebelah kanan anak panah.
2.Copy gambar tersebut supaya tak merosakkan gambar asal.
Right-hand-klik pada tempat tersebut, pilih copy. |
1)image->black and white
2)image->level.
3. Ok, kita dah nak mula mewarna.
Selepas proses Black and White |
Selepas proses Level |
---Klik, (erk, apa ntah namnya..) tempat yang saya 'label klik'.
---'Normal' sepatutnya di ubah menjadi 'multiply'.
---Dan jika anda terlupa ubah multiply pada mulanya pun (seperti saya..), tak menjadi masalah. Semasa proses mewarna pun anda boleh klik.
---klik Layer 1 untuk memulakan proses mewarna.
**(tujuan multiply, kalau tak klik akan menghilangkan lineart di layer bawah)
(gambar ni tengah tahan kesejukan nak beku..huhu.. di rumah 4 musim.) |
4. Pilih Berus, seperti yang dibulatkan. Diameter hendaklah halus untuk membuat lineart.
**Ok, sebelum tu saya nak anda faham fungsi mata tersebut.
Mata (Visibility) tersebut membolehkan anda menekap gambar asal atas sebuah kertas (layer) baru. Untuk sorok atau munculkan mana-mana layer yang anda suka.
Buat lineart terlebih dahulu |
jika line tidak jelas utk di copy, unklik mata yg kedua untuk dapatkan gambar asal |
5. Mulakan mewarna. Pastikan Opacity dan Flow masing-masing 30% dan 40% . Diameter boleh diubah sesuka hati, mengikut luas kawasan.
Sebelum diwarnakan. |
Selepas--Jika menggunakan "Normal" |
Selepas--Jika menggunakan "Multiply" |
6. Selepas anda dapat garisan atau lineart, unclik visibility (mata) pada 'background' serta 'backgroud copy'. Boleh teruskan mewarna dengan lebih detail. Proses berdikari pun bermula...
Cara untuk dapatkan tona warna. Lihat perbezaan tona warna dalam bulatan. |
Jika anda hilang jejak warna yang anda gunakan, klik no. 1, kemudian icon berbentuk dropper di klik pada warna yang anda inginkan. Klik ok. |
Ratakan warna asas di bahagian muka. Selepas itu baru gunakan tona warna. |
7. Kemudian, terangkan line art yang sudah dibentuk sebentar tadi. Gunakan Smudge tool. pastikandiameter yang digunakan adalah halus, sama ada 1,2 atau 3 mengikut kesesuaian gambar. Kemudian, teruskan warna tudung selepas dapat garisan-garisan lipatan tudung. (sebenarnya, ikut korang lah nak warnakan tudung dulu ke, muka dulu..mana yang kamu suka.)
Line art menjadi lebih jelas dan smooth. |
8. Ok, almost done..ingat, kalau ada garisan pada pakai, gunakan warna lebih pekat, atau hampir dengan hitam. Sekarang ni pula, gunakan smudge tool pula untuk ratakan tona warna tadi.Diameterkali ni, ikut suka, nak besar pun takpe. Maka jadilah macam yang di bawah ni.
Sebatikan warna. |
Gunakan pemadan utk padam lebihan-lebihan dari lineart bagi kemaskan lukisan. |
DONE!! alhamdulillah.. |
Hmm..alhamdulillah,sudah siap..senang, kan? Walaupun mula-mula gambarnya menakutkan, tapi jangan fade up. Teruskan mewarna sampai siap. Eloklah guna gambar sendiri untuk sesi percubaan, sebab kalau guna gambar orang lain, takut diorang ketakutan tengok muka diorang diperingkat awal yang menakutkan, huhu..
Selamat mencuba!!
0 comments:
Post a Comment