AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, April 27, 2014

[Tutorial] Tips asas design Poster pt.1.

Share & Comment
Intro artikel ini diterbitkan di sini.
Pandai photoshop tak bermakna anda pandai membuat poster. Berapa ramai rakan-rakan saya yang mempunyai basic photoshop tetapi masih belum berani membuat sebarang editing atau poster.

Pada asasnya, saya ringkaskan 3 perkara utama yang perlu ada dalam membuat poster ialah:

A. Background
B. Font
C. Items yang diperlukan.

Tiga perkara ini membantu anda memulakan poster pertama anda. Mudah sahaja. Sekejap lagi saya akan terangkan panjang lebar apa isi-isi yang berkaitan dengan 3 perkara asas dalam design poster.


A. BACKGROUND

Kebiasaannya mereka yang baru dalam bidang design memang kering idea untuk memikirkan apakah latar belakang paling sesuai untuk mereka. Lebih menyedihkan, mereka mudah terasa 'down' apabila mereka hanya mampu meletakkan satu warna sahaja sebagai background mereka.

A.1. HD Wallpaper

Cara paling singkat dan asas untuk membuat background menjadi menarik adalah dengan menggunakan 'instant HD Wallpaper'. Search sahaja di google anda "HD Walpaper".

Contoh search HD Wallpaper

Kenapa HD? HD merupakan singkatan kepada High Definition Wallpaper.
Sebab utama kenapa menggunakan high definition ialah supaya gambar anda tidak menjadi pecah dan menarik.

A.2. Resolution.

Resolution merupakan perkara paling asas dalam dunia design. Poster atau design anda mungkin akan pecah-pecah atau kabur dengan resolution yang rendah. Standard resolution untuk printing adalah 300px manakala resolution untuk upload di web adalah sekurang-kurangnya 72px (bergantung pada tempat di mana hendak anda upload gambar. Jika favicon, atau thumbnail, lebih rendah lebih bagus).

Bagaimana hendak 'set' resolution?

i. Semasa membuat  Document baru (File> New Documents).


ii. Tukar di Image> Image Size seperti gambar di bawah.

Open image in new tab untuk lebih jelas.
 
Bersambung di bahagian 2. 

Latihan pengukuhan:

1. Download mana-mana background anda.
2. Buka photoshop & buat document baru (File>New).
3. Tetapkan height & width artwork/design anda. Tetapkan resolution, 300px untuk printing, 72 ke atas untuk diupload diwebsite (saya suka menggunakan 100px untuk website).
4. Masukkan background anda tadi.

Sudah siap? Tunggu bahagian 2.




--------------------------------------------------
Kami juga menyediakan perkhidmatan printing, graphic design & mengambil tempahan melukis kartun.
Klik sini untuk maklumat lanjut.










Tags: , ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com