AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, April 27, 2014

[Tutorial] Tips asas design Poster pt.2

Share & Comment
بسم الله الرحمن الزحيم


Intro artikel ini diterbitkan di sini.
Rujuk sini untuk bahagian pertama artikel ini.

Sambungan, bahagian kedua.

Dibahagian pertama kita sudah menceritakan tentang Asas dalam membuat poster ialah Background, Font dan Item-item yang diperlukan. Dan kita juga sudah menyentuh tentang Background. Di post ini, saya akan menceritakan tentang Font atau tulisan.

Apa yang menarik tentang tulisan? Tulisan, semua catatan menggunakan tulisan, tetapi apa yang lainnya di dalam tutorial ini?

Kelainan, ya. Itu yang kita ingin tekankan.

Anda gunakan tulisan basic untuk mendesign? Seperti Times New Roman, Calibri & Arial?

Tahukah anda? 

Penggunaan tulisan document seperti Times New Roman, Calibri dan Arial membuatkan pembaca melihat poster atau design anda seperti melihat dokument penting dan formal. 
Oleh itu, cuba membuat kelainan sedikit. Jika anda tidak pernah Install Font, rujuk artikel ini untuk men 'install' font baru anda.

Soalan: Takkan design formal nak guna font funky?

Tidak, bukan saya menekankan kita menggunakan font funky walaupun untuk design formal. Tetapi gunakan selain font yang disebutkan tadi. Untuk pengetahuan anda, selain 3 font asas tersebut, masih banyak lagi font formal yang lebih menarik. Rujuk gambar di bawah.

Sumber. Pastikan anda mencari di kategori 'Basic Font'

Soalan: Adakah semua mesej perlu menggunakan basic Font?

Perkara paling penting perlu anda ingat:

  • Jika anda mahu sampaikan imej mesej itu penting atau bukan main-main, gunakan font formal. 
  • Jika anda mahu sampaikan mesej santai, gunakan font santai. 
  • Setiap imej font tersebut melambangkan apa imej yang anda ingin bawa.

Soalan: bagaimana nak menjadikan Font untuk tajuk saya menarik?

Saya berikan contoh. Mudah sahaja.

Mana yang lebih menarik? Contoh A atau contoh B?

Contoh A

Contoh B

Tentu sahaja contoh B lebih menarik.

Bagaimana caranya untuk buat begitu?

Pergi ke layer tulisan anda, dan double klik.



Anda akan lihat paparan Layer Style begini.


Apakah fungsi setiap 'style' atau 'gaya' tersebut?

  • Drop Shadow – Membuat bayang dibelakang 'isi layer'.
  • Inner Shadow – Membuat bayang di atas atau dalam 'isi layer'.
  • Outer Glow - Membuat cahaya di belakang 'isi layer', tetapi tidak boleh dijarakkan seperti Drop Shadow.
  • Inner Glow – Membuat cahaya di atas atau dalam 'isi layer', juga tidak boleh dijarakkan seperti Drop Shadow.
  • Bevel and Emboss - Untuk membuat layer tersebut timbul and kesan bayang yang unik.
  • Satin - Memberikan layer kesan seperti satin, rupa yang berkilat.
  • Color Overlay - Tindih/tampal layer dengan warna yang baru.
  • Gradient Overlay - Isi layer dengan Gradient
  • Pattern Overlay - Tampal layer dengan corak-corak menarik.
  • Stroke - Membuat garisan luar layer dengan warna solid, gradient atau corak.


Selamat Mencuba!

Admin: Saya akan kongsikan lagi tentang Font Style, iaitu cara lebih ekspress untuk membuat font style yang cantik. Langgan tips-tips photoshop yang menarik dari saya, dengan masukkan email anda di ruangan bawah post ini (seperti gambar berikut).

Lihat di bawah post ini.





Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com