Ruqaiyah Hmy's Site.

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, selesai juga bengkel ni. Mula-mula rasa macam tak penat. Tak sangka, lepas maghrib je terus tumbang, kepenatan. Lepas solat maghrib dengan Hana pon, Hana tegur aku yang mata separuh nak tertutup..huhu..

Lega, lepas ni boleh tumpukan pada assignmentS pula. Hujung minggu ni ada lagi bengkel Video. Tapi alhamdulillah, tu kak Fatimah dah settlekan dengan team unit IT SPMM yang lain. Settle conduct bengkel ni, lega la sikit. Hmm, sebelum Bengkel Video tu, ada pula SPARK. Alhamdulillah, tinggal 97% je lagi..The last part kena bagi tumpuan betul-betul.

Bengkel semalam, alhamdulillah, jumpa ramai kenalan yang tak pernah bersua muka. Kak Athirah Hashim, a.k.a majikan tak formal, hehe..kak Hazwana, tak jumpa pon mana satu...tapi, insya Allah lepas ni jumpa lagi kot...dan ada juga kenalan maya yang nak datang tapi tak dapat datang, aiesyah, syahirah kwn mizah..hehe..dan ramai lagi yang cancel last minit..tapi tak pe la..

Terima kasih juga pada Irfan Foner, yang memang peramah dan tak susah nak jemput dia. Sangat-sangat sporting dan senang nak bawa berbincang. Dan, best~~! Sempat la tanya-tanya sikit yang memang tertanya-tanya selama ni, contohnya penggunaan render. Perspektif yang aku agak lemah.. dan lukisan aku time ni sangat hodoh, haha..pensil buat hal..(mungkin ini yang dikatakan, tak pandai menari salahkan lantai bergoyang).

Mungkin salah aku juga, dah lama gila tak practise melukis manual. Insya Allah, akan berlatih lagi. Erm, dan insya Allah akan baca Bakuman, kekeke...macam yang dicadangkan oleh Yohana dan Irfan sendiri.

Terima Kasih kepada big bos- big bos sekalian, Imran, yang banyak menolong + bagi advise..huhu..maap le, banyak menyusahkan..nak bagi task kat penceramah pon nak tanya..huhu...dan cadangan Imran utk jemput Irfan, memang terbaiklah..Terima Kasih jugak pada Taufiq, huhu..ni lagi banyak aku menyusahkan..dari makanan, sampai management, banyak kena tanya..huhu..maafla memeningkan. Insya Allah, lepas ni belajar sket berdikari..huhu..dan Kak Fatimah, banyak-banyak terima kasih..tolong tanya saya, apa lagi tak cukup, dan provide apa lagi yang takde, dan akak lah satu-satunya yang perasan sijil tu takde tandatangan, kekeke...kalau takde tiga orang ni, rasanya menggigil-gigil jugak nak uruskan dengan AJK yang lain..huhu...

Alhamdulillah, AJK lain, tak larat aku nak senaraikan, sebab banyak sangat mereka menolong...tak terhingga ucapan terima kasih. walaupun ni bengkel kedua jadi pengarah, tetap banyak yang kena belajar lagi. Agak cuak sebab kali ni banyak jemput orang luar.

Terima kasih juga kepada semua peserta yang memeriahkan lagi bengkel kami yang serba dhaif ni, terutamanya peserta luar, yang siap tolong shoot guna kamera canggih dia lagi..huhu..Terima Kasih dari kami...
Saya sedang mengusahakan lukisan yang buruk, hehehe..



Read More …

Bismillahirrahmanirrahim..



Anda ingin belajar membuat komik?

Sertai kami,
Bengkel Kartunis Muda (BeKaM) '12
Siri 1: Kaedah Menghasilkan Komik.

Bersama Pekomik Jemputan, Irfan Foner (pelukis Komik-M, smash20).

Tarikh: 29 April 2012
Masa: 8.30 a.m- 4.00 p.m
Tempat: Dewan Kuliah Sederhana (DKS)1.1, FEM, USIM Nilai.
Bayaran: RM5.

SMS Nama, No Telefon, IC, No Matrik, Kolej Kediaman (bagi pelajar USIM yang ingin menaiki bas) kepada 'Athirah (013-6604313).

Anda juga digalakkan membawa komik sendiri jika ada untuk di nilai.


#Terbuka kepada semua (termasuk bukan pelajar USIM).
#Makanan & Sijil disediakan.

Peta ke USIM:

Sumber: https://www.facebook.com/geng.kartunis.usim
Read More …


Bismillahirrahmanirrahim..

Bawang dikupas. Satu persatu. Kulit dikoyak. Sesekali kedengaran seperti esak tangis. Sesekali Marliana mengerling kepada Jazlini. Jazlini tersenyum.

"Maaf, I tak biasa kupas bawang." Mereka tergelak. Entah mengapa Jaz seperti kekok malam ini. Kekecohannya seolah-olah telah tenggelam bersama pekat malamnya malam ni. Jarang sekali Jaz meminta maaf. Selalunya bualannya santai.

"Ye la you. Tiba-tiba rajin nak kupas bawang malam ni." Diam. Kata-kata Marliana tak tersambut seperti biasa. Ada apa tidak kena dengan Jaz malam ini?

Malam ini, giliran Marliana dan Jazlini memasak. Kesunyian berduaan yang tak pernah dirasai, kini itulah yang terjadi.

"I pergi panaskan kuali."

Pang!!

Tersentak. Marliana menoleh. Kuali kini terkulai di lantai. Jazlini sudah teresak-esak menangis. Tak tertahan barangkali. Marliana terburu-buru mendapatkan Jazlini. Segera.

"Are you ok, my dear?"


-----------------------------------------
"Takde apa, Ana. I ok je. Tiba-tiba I rasa sebak je malam ni. " Jazlina berhelah lalu mengangkat semula kuali. Bimbang melayan perasaannya, perut sahabat-sahabatnya yang kelaparan. Boleh jadi, dia juga yang menjadi santapan sahabat-sahabatnya (joke only..huhu..).

Selesai memasak, Jazlini berlari menaiki tangga. Azan isyak berkumandang. Marliana hanya memandang perlakuan pelik sahabatnya itu. Seperti biasa, apabila azan berkumandang, mereka segera bersiap-siap solat berjemaah. Tidak sampai lima minit, ruang tamu sudah penuh dengan seisi rumah, bertelekung. Bersiap-siap lima sahabat itu merapatkan saf.

Tidak lama kemudian, turun lagi seorang. Semua mata terpaku padanya.

"Izinkan I solat di sini." Jazlini menyapa.

Terpana, namun abaikan sahaja rasa terkejut itu.

"Sila..sila..mari, sebelah I ni muat lagi." Husna tersenyum. Kegembiraan barangkali.
-----------------------------


"Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Rabbi, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. "
Amiin. Selesai mereka solat berjemaah. Mereka bersalaman sesama sendiri.

Usai di bilik, setelah melipat telekung masing-masing, Jazlini menyapa Marliana.

"Ana, kenapa you tak pernah cerita kat I nikmatnya syurga?
Kenapa you tak pernah cerita kat I, peritnya neraka?
Kenapa you tak pernah bagitahu kat I pahala solat berjemaah?
Kenapa you biar je I pakai baju ketat.
Kenapa, Ana?"

Tergetar dada Marliana. Berombak. Seakan ingin menangis dipersoalkan macam tu. Marliana mengetap bibir ingin berkata sesuatu, tapi tiada apa yang terkeluar.

"I selalu tertanya-tanya. Kenapa you all pakai tudung labuh-labuh. Pakai baju, longgar-longgar. Kadang-kadang I rasa kolotnya.

I pun hairan, best sangat ke you all solat berjemaah tu?
Tapi you tak pernah cerita apa-apa.
Kalau I tanya, you cakap tak reti nak explain macam mana. Cuba tanya ustazah ke.
I tanya you sendiri. Kenapa you buat semua tu? Cuma ikut orang je ke?"

Di sebalik cahaya lampu, Marliana dapat lihat bercucuran air mata Jazlini mengalir, seiring dengan lancangnya dia bersuara.

"Jaz sayang. Sabar. Bertenang. I tahu I salah. Maafkan I."

"Tadi I nampak depan mata I sendiri sorang perempuan ni kena langgar kereta. Mati depan mata I. I takut. I fikir, macam mana kalau I mati esok. I nak berubah, tapi I tak tahu macam mana." Esaknya makin kuat. Marliana memeluk Jazlini. Erat, seolah-olah cuba menyelami hati dan perasaan sahabatnya itu.

"Maafkan I. I nak tegur you, tapi I tak pandai. I takut kena marah dengan you. Nanti you masam muka dengan I. I tak nak persahabatan kita putus."

"Tapi You dah tak nak jumpa I kat syurga ke? You nak tengok I masuk neraka ke?"

Marliana menggeleng. Sesungguhnya tidak pernah terniat untuk dia lakukan begitu.

Barulah dia menginsafi, apabila dia terlupa nak melaksanakan hadis Rasulullah,



Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya;
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, 
sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."
Hadis sahih riwayat Muslim

------------------------------------------------------------------

Benarlah firman Allah, 

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Jadi, kita nak jumpa lagi tak sahabat kita kat akhirat nanti? Kalau nak jumpa, hubungkan dengan Taqwa. Ajak dia sekali untuk sama-sama menuju taqwa kepada Allah.


--------------------------
Jazlina sudah pulang ke kampung untu seminggu. Sabtu itu terasa sepi apabila berseorangan di bilik. Marliana mengemas meja. Membetulkan susunan buku-buku kesayangannya. Kelihatan satu kad kecil. Cantik. Lalu dibacakan perlahan.

"Ana yang tersayang,

Andai aku terlupa, ingatkan aku.
Andai aku sedih, ingatkan aku Allah selalu bersamaku.
Andai aku gembira, ingatkan aku untuk bersyukur.
Andai aku berjaya, ku ingin kau juga berjaya.
Andai aku tiada, kau panjatkan doa agar aku 'tenang' di sana.
Yang penting, aku ingin kita bersahabat hingga ke syurga.



Ikhlas,
Jazlini Solehah.


[Tamat.]















Read More …

Bismillahirrahmanirrahim..

Ni antara contoh tempahan-tempahan..

1. Versi potret.
ni yang sy buat.

ni customer tu edit sendiri.

Ni customer lain.

yang ni kawan saya sendiri..^_^


2. Versi kartun.

Ni cahaya Azyla tempah.

Ni lecturer, sedang kumpul karya dulu.






Seterusnya siapa?

Adakah anda?




Untuk tempahan, emailkan kepada ruqaiyah_hmy@yahoo.com.

Read More …

Bismillahirrahmanirrahim..

Tentu kalian tertanya-tanya.

"Kenapa bintubattuta ni asik post pasal sedih, pasal cara nak atasi kesusahan la.." atau lebih parah, berkata,

"Serabut la dia ni..asik feeling la, down la..pigidaaa.." huhu..

Memang melalui hari-hari yang memerlukan kekuatan stamina untuk berfikir. Cukuplah weekday tak cukup tidur, bekerja keras. Weekend ni, badan mula menuntut haknya, untuk berehat, melakukan aktiviti yang disukai, menggembirakan diri sendiri. hmm, cukuplah kerja membuatkan aku menyukat masa, membahagikan sama rata kerja dan ibadah. Kali ni rohani pula meminta aku ibadah lebih. Taqarrub kepada Allah, sungguh..aku mula merasa jauh...



Maka, aku 'melayan perasaan' dengan membuat kartun, berdoa agar hati aku terang dengan al-quran, agar aku masuk syurga dengan al-quran..jauhkan dari api neraka dengan quran. dan hiasi akhlak dengan al-quran. sebenarnya doa asalnya panjang lagi. tapi, ambil yang paling terpikat di hati..huhu..


Kemudian, berkurang sikit je. Rohani aku masih menuntut pengisian lagi. Aku pon melawat la productivemuslim.com. Jumpa pulak artikel 7 Practicle Steps to Help You Face Any Difficulties. Maka, aku pun buat doodle sikit-sikit. Pastu siap print, tampal depan mata (baca: kat dinding).


Baru berkurang sikit. Rohani aku kata, nak lagi~~!
Aku pon blogwalking..nak menangis rasa. Sebab apa, biar aku dan Allah saje yang tahu. Terjumpa la blog ustaz Pahrol, tentang Carilah Hatimu. Memang aku menangis la juga, mengenangkan hati aku yang sakit.

Pastu google la gambar orang menangis..terjumpa makcik ni...huhuhu..







Maka, aku pon hasilkan la satu lagi karya, jadi lah ini...
















Alhamdulillah..moga ibrah yang dapat aku ambil sebelum terhasilnya karya ni, berkekalan la tersemat dalam hati, minda dan amalan..

Jadi, kerja menanti hari ni:

Siang:
-edit kertas kerja, hadam tentatif, scan & email kat kakyam, ambil dari mira anuar.
-baca statistik la juga..
-buat simple plan utk projek ctps (back up)
-note fizik math
-faks kat HEP (isi siap2..)
-prepare skit utk liqa' -sms adik2..

malam:
-liqa' (bersemangat~~! jangan lemah semangat~~!)

kerja masih menanti:
-masukkan ahli unit IT SPMM.
-warna cover genku
-cari kartunis utk bengkel.
-tentatif bengkel.

hmm, sikit je rupenya keje...siapkan terus boleh..insya Allah..gambatte ~~!






Read More …


Bismillahirrahmanirrahim.





Read More …

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya al-Quran tu memanglah penenang jiwa. Tengah tension, melukis ni je la..hilang tension..alhamdulillah..

gambar sebelum

selepas.
Bismillahirrahmanirrahim..(Doa khatam Quran)




Ya Allah terangilah HATI kami dengan Al Qur’an,
dan hiasilah AKHLAK kami dengan Al Qur’an,
jauhkanlah kami dari API NERAKA dengan Al Qur’an,
masukkanlah kami ke SYURGA-Mu dengan Al Qur’an.

Jadikanlah Al Qur’an sebagai TEMAN di dunia,
di dalam kubur sebagai PENERANG,
CAHAYA di atas titian (shirath), 


dan TEMAN di dalam surga,
dan PENGHALANG dan HIJAB dari api neraka,
sebagai PETUNJUK untuk segala kebaikan
dan TETAPkanlah kami dlm kesempurnaan, 


anugrahkan kepada kami KEMUDAHAN dlm mengamalkan Al Qur’an
dgn hati dan lisan, 


senantiasa CINTA kpd kebaikan,
kebahagiaan,
kegembiraan atau
keindahan iman.


p/s: bebas untuk di share, utk kebaikan bersama..^_^














Read More …