AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, January 22, 2012

[Kartun] Updated-Doa

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim..



"Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 
Ya Rabbi, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. "

Rujukan, http://doaharian.blogspot.com/2007/03/
doa-ringkas-selepas-solat.html


Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan kepada aku untuk siapkan ni sampai betul-betul siap...
Insya Allah, lepas ni ada lebih kurang 7 gambar menanti untuk dikartunkan..erk, kalaulah larat..
Dan, siapkan dulu komik. Hajatnya nak tambah komik, tapi macam tinggal hajat. Doakan supaya Allah berikan kesempatan untuk aku terus menyumbang untuk islam, malah bukan menjadi fitnah kepada islam..insya Allah..
Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com