AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Wednesday, January 11, 2012

[Cerpen] Hadiah Lumayan.

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim..


Edlyna berselisihan dengan wanita yang padanya kelihatan anggun, bergaya, korporat. Namun tetap lengkap menutup aurat di samping sarung kaki serta arm guard. Meskipun bertudung bidang 60, karismanya tetap terserlah. Edlyna meneruskan langkah. Namun di sapa wanita itu.




"Lyn. Lama tak jumpa," sapa wanita itu sambil menghulurkan tangan. Edlyna menyambut huluran tangan tersebut, di samping berkerut-kerut dahinya memerah ingatan gerangan wanita korporat itu.


"Ini Rumaysa la... Kawan sekolah rendah Lyn dulu."


"Ya Allah, lama betul tak jumpa. Sampai Lyn tak cam muka Aysa."


"Hmm, tak pe. Memang ramai dah tak cam Aysa, bukan Lyn je cakap macam tu."


"Iye lah, makin cun gitu..haha," tawa mereka kegembiraan, pertemuan yang tak pernah terjangka.


"Eh, jom Aysa belanja makan. Boleh kita borak panjang."


"Hmm, kalau belanja, saya sentiasa free. Hehe. Jom, lagipun saya memang dah habis kerja. Baru selesai appoiment dengan klien."


"Tapi, tunggu sekejap ye, Aysa nak letak dokumen ni dalam kereta dulu,"



Edlyna menghantar langkah Rumaysa dengan pandangan. Wah, sekali lagi Edlyna tergamam. Rumaysa semakin hebat, bergaya dengan kereta Mercedes Benz nya. Apa kerja Rumaysa sebenarnya? Menimbulkan tanda tanya.

'Tak pe, lepas ni aku interview dia.'

----------------------------------

"Aysa kerja apa sekarang ni? Mewah je nampak. Dengan keretanya, pakaiannya korporat sungguh. Tak ubah macam CEO. huhu," Edlyna berseloroh.

" Erm, Lyn ingat tak masa kita sekolah rendah dulu. Cikgu Bustaman yang kaya raya tu, dia cakap siapa dapat 5A, dia bagi hadiah lumayan?"


"Ingat, sebab masa tu budak sekolah kita semua malas kan? Percubaab takde sorang pun dapat 5A. Dia pun bagi 'gula-gula', siapa dapat 5A dia bagi hadiah lumayan. Owh, Aysa dapat 5A, untunglah. Jadi, apa kaitan kerja Aysa dengan tawaran hadiah tu?"


"Sebab Aysa percaya janji cikgu tu, Aysa usaha la. Masa tu keluarga Aysa susah. Alhamdulillah, sekarang ni senang. Cikgu tu bagi rumah, kereta, dan biayai pengajian Aysa sampai PhD. Lepas habis belajar, cikgu bagi saya uruskan syarikat dia."


"Wah, senangnya hidup kau. Kalau lah aku percaya dengan janji dia masa tu, mesti aku usaha. Takde lah aku kerja susah-susah macam ni, kaya belum tentu. Cukup makan dengan bayar sewa, kereta dan yang lain tu.."




---------------------------------
Sekian...

Cerita ni macam tak logik kan?

Mana ada cikgu boleh memiliki syarikat besar. Kalau ada syarikat besar, tak perlu jadi cikgu la kan?

Tapi cuba kita bayangkan situasi ni, yang berjanji dengan kita tu ALLAH?

ALLAH ada lebih banyak dari apa yang cikgu tu ada. Malah boleh bagi lebih dari apa yang cikgu tu boleh bagi.

Allah berjanji dengan kita nikmat-nikmat syurga.

Cuba kita bayangkan, kalau kita jadi macam Edlyna, tak percaya janji hadiah lumayan dari cikgu dia, menyesal tak?

Tapi kalau setakat harta dunia, tak perlu menyesal. Cuba fikir, macam mana pula kalau Allah dah janji nikmat syurga yang infiniti tahun kat akhirat, tapi kita tak percaya. Lepas tu, kita buat banyak dosa, solat 5 waktu pun banyak tinggal, kat akhirat nanti jangan bila dah kena siksa neraka baru kita nak menyesal. Biar kita menyesal sekarang, masih sempat.

Cuba pula kita fikir, kalau kita berada kat tempat Rumaysa, kita percaya janji Allah. Bila kita dah dapat mengecapi nikmat syurga, masa tu kita akan cakap, "Alhamdulillah, tak sia-sia aku percaya janji Allah, dan jauhi diri dari neraka.."

Firman Allah..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah At Taubah, Ayat 111)




Terjemahannya:


51.  Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka[1045] ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.

52.  Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan[1046].

[1045]  Maksudnya: di antara kaum muslimin dengan kaum muslimin dan antara kaum muslimin dengan yang bukan muslimin.

[1046]  yang dimaksud dengan takut kepada Allah ialah takut kepada Allah disebabkan dosa-dosa yang Telah dikerjakannya, dan yang dimaksud dengan takwa ialah memelihara diri dari segala macam dosa-dosa yang mungkin terjadi.



Jadi, sama-sama kita muhasabah diri. Mari kita cari redha Allah, biar menangis kat dunia, jangan meraung kat akhirat nanti..wallahua'alam..

p/s: Insya Allah, pas abis exam atau free, sy nukilkan idea ni dalam bentuk komik...berazam..huhu..insya Allah..doakan moga dipermudahkan..

Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com