AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Wednesday, January 9, 2013

Tips Menghafal.

Share & Comment
Stress ketika exam?

Susah nak menghafal?




Ni ada sikit tips~!

(rujukan dari Gen-Q Isu 17, m/s 55)

Tentang tip-tip menghafal daripada ucapan ulama'.




1.Jauhkan maksiat & Banyak bermain.




Imam Malik ditanya,
"Apakah amalan yang dapat menguatkan hafalan?"
Beliau menjawab,
"Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan, maka ia semestinya meninggalkan maksiat."

2. Kurangkan Makan dan Tidur.

Imam Syafie berkata:
"Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal, ia akan banyak minum dan tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan”

3. Cintai pelajaran & baca berulang-ulang.

Imam Bukhari pernah diminta tip kuat hafalan.
Beliau menjawab:
'Aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih bermanfaat
untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajaran dan selalu memandangnya."

Berkata Abu Ishraq al-Shirazi:
"Aku selalu membaca pelajaranku seribu kali agar benar-benar menghafalnya.

4. Cari masa yang tepat untuk menghafal.

Ismail bin Uwais berkata:
" Jika engkau hendak menghafal, maka tidurlah lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu kemudian
bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu."


5. Praktik ilmu & Muzakarah bersama rakan.

Ibrahim Al-Nakha’i berkata:
"Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya".

-BintuBattuta-





Tags:

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com