AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Wednesday, January 9, 2013

Tahanlah peritnya untuk sementara.

Share & Comment
Bersusah masa exam?

Bersusah untuk belajar.




Betul kata Imam Syafie,

kalau kita tak tahan lelahnya belajar yang SEKEJAP, kita akan menanggung peritnya kebodohan yang BERPANJANGAN"




Apapun, kisah di bawah ni mengubah paradigma saya, membakar semangat untuk relakan diri bersusah payah demi ilmu.




----------------------------------------------------------------

Ketika Kathir bin Qais sedang duduk di samping Abu al-Darda' di Masjid Damsyiq,
tiba-tiba seseorang datang sambil berkata:

"Wahai Abu Darda', saya datang menemui kamu dari kota Madinah, kota Rasulullah s.a.w kerana sepotong hadis yang telah sampai kepadaku, bahawa kamu telah menceritakannya darpada Nabi!"

Lalu Abu al-Darda' bertanya, "Adakah kamu datang kebetulan kerana urusan perniagaan?"
Dia menjawab, "Tidak"

Abu al-Darda' menduga, "Apakah disebabkan ada urusan lain?"
Dia menjawab, "Bukan."

Abu al-Darda' berkata, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud):

Sesiapa meniti jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Para malaikat akan membentangkan sayapnya kerana reda kepada penuntut ilmu. Dan seorang penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuklah ikan yang ada di dalam air.

Keutamaan seorang alim dibandingkan dengan seorang ahli ibadah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi dan nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.

Sesiapa mengambilnya, maka dia telah mengambil bahagian yang sangat besar. "
(Riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad)

Rujukan: Gen-Q isu 17, m/s 57.

-BintuBattuta-




Tags:

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com