AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Saturday, February 4, 2012

[General] Catitan1

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim..
.
Apa khabar semua sahabat-sahabat?
Alhamdulillah, moga semuanya sihat.

Dah lama tak update blog ni, sebab takde art baru atau tutorial. Sekarang fasa editing, tapi tak siap lagi, memandangkan kat rumah banyak la kerjanya. Kalau tak kerja rutin, abah rajin-rajin bagi kerja buat buku la, buat sticker la, huhu.

Ada beberapa perkara saya nak share atau dengan maksud lain, promote..huhu..

1. Ni komik yang bakal kami keluarkan dan saya sedang edit.

Nama pelukis ni, nickname yg dia gunakan = awang. sy menjangkakan makin ramai kejar pelukis ni lepas ni, huhu..
Jadi, rajin-rajin la support kami, huhu...komik trial dijangkakan bakal masuk ke pasaran usim sem depan..hanya RM1 je senaskah..jadi tak rugi pon beli, setakat RM1 je..huhu..



2. Masih ada ramai tak pencinta-pencinta buku belum masuk group 'kita' ni? hehe..
klik gambar utk sampai ke sana..=)
Alhamdulillah, group atas idea sahabat-sahabat..

Tak minat membaca?
Tak cinta Buku?
Pitam tengok ayat panjang-panjang?

huhu..jangan salah sangka..saya pun orang yang allergic tengok ayat panjang-panjang. Orang visual macam saya, membaca dalam keadaan tertentu je..:

1.Bila betul-betul nak tahu.
2.Susunan atau persembahan pembacaan tu bagus dan tak sarat, cth: buku-buku PTS.
3.Paksa diri membaca..huhu..

Sebab tu, saya tak hairan kalau sahabat-sahabat pelukis saya, tak ramai involve dalam group ni, hehe..apa-apa pun, kalau tak cinta buku pon, cintailah ilmu tu..percayalah, saya cinta buku kerana ilmu, sedangkan sayalah antara orang yang boleh pitam kalau dipaksa membaca banyak-banyak, terutama tengok ayat yang banyak, serta pembawaan yang berat..(Ha, kan dah baku jadi bahasanya..huhu..ni lah antara kesan yang bagus masuk group tu..cintai bahasa baku, hohoho...)



3. Tempahan.

Rasa macam tak yakin je nak promote ni, huhu..tapi memandangkan ramai yang nak buat tempahan, tak larat dah nak buat secara free, kecuali khususkan untuk dakwah..jadi, kalau nak buat sendiri-sendiri tu, saya akan caj bergantung pada skala kepayahannya..dalam RM 10-RM30. 

ni contoh tempahan terbaru. gambar ni tak boleh digunapakai semula taw..just utk preview je..=)


Tapi, kalau art tu boleh digunapakai semula untuk saya letak quote utk dakwah, insya Allah boleh free..tapi, lambat la lagi dan di masukkan dalam tong koleksi-koleksi..huhu..dan banyak dah beratur..tapi, memandangkan dah ramai, sy tutup la dulu request utk free version ni...Allah bagi tulang empat kerat, kena gunakan untuk perkara lain juga, huhu..

Erm, rasanya tu aje..doakan kami yang bawa nama USIM utk Muroc, sejenis pertandingan robotic..sampai sekarang masih tak yakin..mungkin sampai ke hari pertandingan..insya Allah..moga Allah berkati semua ilmu-ilmu ni...amiin..

K, tq kepada semua pembaca atas kesudian mendoakan kami, dan ambik sedikit masa untuk membaca nota picisan saya..=)

Wassalam..





Tags: , , ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com