AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Tuesday, March 13, 2012

[Tutorial untuk beginner] Kenali Photoshop Pt.1

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan photoshop, kat sini saya nak kenalkan komponen-komponen atau tools photoshop dulu.

credit to binary-artist.com.
1.Layer mode:

untuk ubah mode tu,
contoh selalu digunakan dalam kartun, mode ini di tukarkan kepada multiply.

tujuan: bg komik yang di scan, multiply bertujuan supaya nampak lineart di layer paling bawah.

2. Layer opacity:

untuk membuat gambar tersebut kabur atau jelas,

contoh penggunaan, bg lightening, kita selalu menggunakan warna putih.

Jadi, jika warna putih terlalu obvious atau extreme, opacity boleh di kurangkan. jadi, waran putih tadi menjadi normal, atau kurang intensity (paham ke? huhu..)

3. Visibility toogle:

ni macam main cak cak je.
Kalau kita tak nak tengok layer yang tak berkenan, hide kan sahaja. klik pada kotak yang ada mata tu, sampai takde mata. tak perlu delete, kerana mungkin boleh di gunakan semula...=)

4. Layer name:

boleh diubah dengan double klik pada nama. supaya mudah nak cari. contoh, layer muka, layer mata, layer tudung, dsbgnya.

*perlu di ingat, kalau double klik tak kena pada nama, layer style yang akan keluar..=)

5. Background layer:

Layer paling asas. Selalunya, gambar JPEG yang di bawa masuk akan menjadi background layer. Jadi, proses meng edit menjadi terhad.

Double click layer untuk memudahkan proses memindahkan layer, atau delete dan sebagainya. (icon mangga akan hilang.)

6.Layer style:

Ini part paling best photoshop.

Di sini, anda boleh:

- shadow kan inner atau outer
- glow kan, inner atau layer.
- bevel and emboss, bagi nampak macam timbul sket.
- Satin (tak sure sangat utk apa, try je explore2 sikit.)

-color overlay, kalau nak tukar warna pada LAYER tu. contoh rambut yang kita dah warna tu tiba-tiba jadi coklat. click sahaja pada color overlay, dan pilih warna yang berkenan. (ASINGKAN LAYER WARNA DENGAN LAYER LINEART.)

-gradient overlay, nak 'tampal' gradient atas layer.

-pattern overlay, tampal pattern. selalunya orang gunakan ini untuk screen tone.
-stroke: untuk membuat auto garisan di tepi. Selalunya, masalah tulisan tak nampak disebabkan background yang tak sekata warna boleh di atasi dengan ini.

7. New group:

untuk asingkan ikut group, supaya mudah nak cari, dan contohnya kalau nak sorok sekumpulan layer untuk tudung sahaja, unvisible pada tepi group sahaja. (paham ke? huhu.)

8.New layer:

Shortcut untuk  membuat layer baru. Longway,  pegi kat menu bar, Layer> new> layer.

*Layer boleh di pindahkan dengan drag (click dan tarik) ke mana-mana yang kita suke.

9. Delete layer:

Shortcut untuk delete layer. Kalau lagi shortcut, tekan je pada layer dan tekan 'Del' (delete) button di keyboard.

10. Active layer:

Ini paling penting. Pastikan warna biru tu berada pada layer yang betul semasa membuat kerja. Tersilap tempat, tersilap la hasilnya.
active layer= maksudnya, layer yang kita sedang membuat kerja.

Ok, faham tak semua penerangan ni?
Tak faham, tanya ye.

ok, wassalam..

***Rujukan tambahan untuk anda, klik sini.

Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com