AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, April 8, 2012

[Cerpen] Kalau benar kau sahabatku..

Share & Comment

Bismillahirrahmanirrahim..

Bawang dikupas. Satu persatu. Kulit dikoyak. Sesekali kedengaran seperti esak tangis. Sesekali Marliana mengerling kepada Jazlini. Jazlini tersenyum.

"Maaf, I tak biasa kupas bawang." Mereka tergelak. Entah mengapa Jaz seperti kekok malam ini. Kekecohannya seolah-olah telah tenggelam bersama pekat malamnya malam ni. Jarang sekali Jaz meminta maaf. Selalunya bualannya santai.

"Ye la you. Tiba-tiba rajin nak kupas bawang malam ni." Diam. Kata-kata Marliana tak tersambut seperti biasa. Ada apa tidak kena dengan Jaz malam ini?

Malam ini, giliran Marliana dan Jazlini memasak. Kesunyian berduaan yang tak pernah dirasai, kini itulah yang terjadi.

"I pergi panaskan kuali."

Pang!!

Tersentak. Marliana menoleh. Kuali kini terkulai di lantai. Jazlini sudah teresak-esak menangis. Tak tertahan barangkali. Marliana terburu-buru mendapatkan Jazlini. Segera.

"Are you ok, my dear?"


-----------------------------------------
"Takde apa, Ana. I ok je. Tiba-tiba I rasa sebak je malam ni. " Jazlina berhelah lalu mengangkat semula kuali. Bimbang melayan perasaannya, perut sahabat-sahabatnya yang kelaparan. Boleh jadi, dia juga yang menjadi santapan sahabat-sahabatnya (joke only..huhu..).

Selesai memasak, Jazlini berlari menaiki tangga. Azan isyak berkumandang. Marliana hanya memandang perlakuan pelik sahabatnya itu. Seperti biasa, apabila azan berkumandang, mereka segera bersiap-siap solat berjemaah. Tidak sampai lima minit, ruang tamu sudah penuh dengan seisi rumah, bertelekung. Bersiap-siap lima sahabat itu merapatkan saf.

Tidak lama kemudian, turun lagi seorang. Semua mata terpaku padanya.

"Izinkan I solat di sini." Jazlini menyapa.

Terpana, namun abaikan sahaja rasa terkejut itu.

"Sila..sila..mari, sebelah I ni muat lagi." Husna tersenyum. Kegembiraan barangkali.
-----------------------------


"Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Rabbi, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. "
Amiin. Selesai mereka solat berjemaah. Mereka bersalaman sesama sendiri.

Usai di bilik, setelah melipat telekung masing-masing, Jazlini menyapa Marliana.

"Ana, kenapa you tak pernah cerita kat I nikmatnya syurga?
Kenapa you tak pernah cerita kat I, peritnya neraka?
Kenapa you tak pernah bagitahu kat I pahala solat berjemaah?
Kenapa you biar je I pakai baju ketat.
Kenapa, Ana?"

Tergetar dada Marliana. Berombak. Seakan ingin menangis dipersoalkan macam tu. Marliana mengetap bibir ingin berkata sesuatu, tapi tiada apa yang terkeluar.

"I selalu tertanya-tanya. Kenapa you all pakai tudung labuh-labuh. Pakai baju, longgar-longgar. Kadang-kadang I rasa kolotnya.

I pun hairan, best sangat ke you all solat berjemaah tu?
Tapi you tak pernah cerita apa-apa.
Kalau I tanya, you cakap tak reti nak explain macam mana. Cuba tanya ustazah ke.
I tanya you sendiri. Kenapa you buat semua tu? Cuma ikut orang je ke?"

Di sebalik cahaya lampu, Marliana dapat lihat bercucuran air mata Jazlini mengalir, seiring dengan lancangnya dia bersuara.

"Jaz sayang. Sabar. Bertenang. I tahu I salah. Maafkan I."

"Tadi I nampak depan mata I sendiri sorang perempuan ni kena langgar kereta. Mati depan mata I. I takut. I fikir, macam mana kalau I mati esok. I nak berubah, tapi I tak tahu macam mana." Esaknya makin kuat. Marliana memeluk Jazlini. Erat, seolah-olah cuba menyelami hati dan perasaan sahabatnya itu.

"Maafkan I. I nak tegur you, tapi I tak pandai. I takut kena marah dengan you. Nanti you masam muka dengan I. I tak nak persahabatan kita putus."

"Tapi You dah tak nak jumpa I kat syurga ke? You nak tengok I masuk neraka ke?"

Marliana menggeleng. Sesungguhnya tidak pernah terniat untuk dia lakukan begitu.

Barulah dia menginsafi, apabila dia terlupa nak melaksanakan hadis Rasulullah,



Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya;
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, 
sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."
Hadis sahih riwayat Muslim

------------------------------------------------------------------

Benarlah firman Allah, 

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Jadi, kita nak jumpa lagi tak sahabat kita kat akhirat nanti? Kalau nak jumpa, hubungkan dengan Taqwa. Ajak dia sekali untuk sama-sama menuju taqwa kepada Allah.


--------------------------
Jazlina sudah pulang ke kampung untu seminggu. Sabtu itu terasa sepi apabila berseorangan di bilik. Marliana mengemas meja. Membetulkan susunan buku-buku kesayangannya. Kelihatan satu kad kecil. Cantik. Lalu dibacakan perlahan.

"Ana yang tersayang,

Andai aku terlupa, ingatkan aku.
Andai aku sedih, ingatkan aku Allah selalu bersamaku.
Andai aku gembira, ingatkan aku untuk bersyukur.
Andai aku berjaya, ku ingin kau juga berjaya.
Andai aku tiada, kau panjatkan doa agar aku 'tenang' di sana.
Yang penting, aku ingin kita bersahabat hingga ke syurga.



Ikhlas,
Jazlini Solehah.


[Tamat.]















Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com