AD (728x60)

Followers

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Sunday, April 29, 2012

Bengkel Kartunis Siri 1- Done~

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, selesai juga bengkel ni. Mula-mula rasa macam tak penat. Tak sangka, lepas maghrib je terus tumbang, kepenatan. Lepas solat maghrib dengan Hana pon, Hana tegur aku yang mata separuh nak tertutup..huhu..

Lega, lepas ni boleh tumpukan pada assignmentS pula. Hujung minggu ni ada lagi bengkel Video. Tapi alhamdulillah, tu kak Fatimah dah settlekan dengan team unit IT SPMM yang lain. Settle conduct bengkel ni, lega la sikit. Hmm, sebelum Bengkel Video tu, ada pula SPARK. Alhamdulillah, tinggal 97% je lagi..The last part kena bagi tumpuan betul-betul.

Bengkel semalam, alhamdulillah, jumpa ramai kenalan yang tak pernah bersua muka. Kak Athirah Hashim, a.k.a majikan tak formal, hehe..kak Hazwana, tak jumpa pon mana satu...tapi, insya Allah lepas ni jumpa lagi kot...dan ada juga kenalan maya yang nak datang tapi tak dapat datang, aiesyah, syahirah kwn mizah..hehe..dan ramai lagi yang cancel last minit..tapi tak pe la..

Terima kasih juga pada Irfan Foner, yang memang peramah dan tak susah nak jemput dia. Sangat-sangat sporting dan senang nak bawa berbincang. Dan, best~~! Sempat la tanya-tanya sikit yang memang tertanya-tanya selama ni, contohnya penggunaan render. Perspektif yang aku agak lemah.. dan lukisan aku time ni sangat hodoh, haha..pensil buat hal..(mungkin ini yang dikatakan, tak pandai menari salahkan lantai bergoyang).

Mungkin salah aku juga, dah lama gila tak practise melukis manual. Insya Allah, akan berlatih lagi. Erm, dan insya Allah akan baca Bakuman, kekeke...macam yang dicadangkan oleh Yohana dan Irfan sendiri.

Terima Kasih kepada big bos- big bos sekalian, Imran, yang banyak menolong + bagi advise..huhu..maap le, banyak menyusahkan..nak bagi task kat penceramah pon nak tanya..huhu...dan cadangan Imran utk jemput Irfan, memang terbaiklah..Terima Kasih jugak pada Taufiq, huhu..ni lagi banyak aku menyusahkan..dari makanan, sampai management, banyak kena tanya..huhu..maafla memeningkan. Insya Allah, lepas ni belajar sket berdikari..huhu..dan Kak Fatimah, banyak-banyak terima kasih..tolong tanya saya, apa lagi tak cukup, dan provide apa lagi yang takde, dan akak lah satu-satunya yang perasan sijil tu takde tandatangan, kekeke...kalau takde tiga orang ni, rasanya menggigil-gigil jugak nak uruskan dengan AJK yang lain..huhu...

Alhamdulillah, AJK lain, tak larat aku nak senaraikan, sebab banyak sangat mereka menolong...tak terhingga ucapan terima kasih. walaupun ni bengkel kedua jadi pengarah, tetap banyak yang kena belajar lagi. Agak cuak sebab kali ni banyak jemput orang luar.

Terima kasih juga kepada semua peserta yang memeriahkan lagi bengkel kami yang serba dhaif ni, terutamanya peserta luar, yang siap tolong shoot guna kamera canggih dia lagi..huhu..Terima Kasih dari kami...
Saya sedang mengusahakan lukisan yang buruk, hehehe..



Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Langgan dengan Email

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com