AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, December 9, 2012

Bengkel UKM, done.

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, selesai sudah bengkel di UKM. Terima kasih penganjur program, rakan-rakan panel, Ustaz Nasrul Lagendaseni sebab jemput saya, dan kak Tem, maaf juga sebab tak dapat join slot akak.
Sangat-sangat berminat, tapi apakan daya.

Alhamdulillah, fasi-fasi yang peramah, kami tak kekok di sana. Dan terima kasih kepada peneman setia, Mariam Samani. Ke mana-mana untuk aktiviti GenKU, sedia juga luangkan masa untuk ikut.

Dan jumpa beberapa orang kawan arts kat Facebook (lelaki), saje buat-buat tak kenal..hehe..sebenarnya, cam je muka. Insya Allah, moga pengisian hari ni tak berakhir di sini, tapi dikembangkan ilmu supaya semakin bercambah (atau bahasa kampungnya, makin pro~~ heheh).

Sesungguhnya ilmu Allah tu luas. Bak kata Imam Syafie, makin kita belajar, makin kita sedar yang banyak benda kita tak tahu. Hanya orang yang tak banyak ilmu sahaja rasa dirinya banyak ilmu.

Sungguh, saya pun masih belajar, sedang belajar, dan takkan berhenti dari belajar. Mungkin perjalanan saya sudah 2%..
jadi, saya hanya ingin membantu sahabat-sahabat yang perjalanannya baru 1%,
dan ingin saling menolong dan berkongsi, dan berjalan seiringan dengan sahabat yang sama tahap perjalanannya dengan saya,
dan sangat berharap perkongsian dari mereka yang sudah jauh di hadapan.

(Huh, berbelit ayat, korang faham kan? hehe)
Ok, ingat pesan cikgu (cikgu utk hari ni je, huhu) banyakkan prektis. Insya Allah lama-lama makin pandai.

Saya rasa nak berkongsi kat sini, ramai jugak yang tanya. Ruqaiyah belajar semua ni dari mana?



Sejarah saya belajar Photoshop & Arts.

Photoshop dalam design, saya belajar masa sekolah menengah. Masa tu untuk edit majalah sekolah ktaorang  je.
Arts, dari saya tadika lagi suka melukis, tapi start dengan orang lidi. Pantang nampak kartun dan kertas kosong..huhu..kakak-kakak memang sorok la buku mereka, hehe.

Photoshop dalam arts?

Saya start belajar, takde la lama sangat pun. Masa tahun satu, sem dua (sekarang tahun tiga, sem satu), kira-kira baru dua tahun la.

Masa tu, kak Eyna bagitahu saya, kawan dia guna profile pic saya yang hitam putih, untuk diwarnakan. Saya terkejut juga.
Inilah gambar saya yang dijadikan bahan mewarna, huhu..

Saya pun tanya la, macam mana dia buat? Nak belajar juga.

Ini hasilnya.

Tahu siapa kawan kak Eyna? Itulah Rusydee Art, atau nama FB dia, Syabab Musafir Kasih. Start daripada tu saya mula belajar aplikasi mewarna dalam photoshop.

Maka, dia ajar kak eyna, agak simple juga (teknik level & multiply sahaja).

Alhamdulillah, sebab ada basic photoshop sikit, saya try la buat. Maka inilah 1st attempt saya...=D


Ini pula 2nd attempt...lebih kemas, lepas sifu komen gambar 1st, nak smooth kan dia, guna smudge tools.


Ini pula 3rd attempt, nak practise lagi nih..oke, ni tangan dia dah ada gaya rusydee arts dah masa tuh, huhu...

Ini lukisan potret ketiga.

Lepas daripada ni, saya dah mula belajar pentool. Jadi, mula buat lukisan yang art line dia guna pentool.
Dan masa tu, dah join Geng Kartunis USIM, kena buat komik, jadi start buat versi kartun.

Memang, 1st attempt memang tak cantik sangat, tapi jangan putus asa. Teruskan usaha.

Saya banyakkan berkarya, untuk tujuan dakwah, di samping tu tengah stress belajar, rasa seronok + tenang bila buat arts, pastu letak pula kata-kata yang tenangkan jiwa. Lepas tu, post kat page GenKU dan Doodle Dakwah. Ya, banyakkan buat karya.

Insya Allah, kalau berpeluang panjangkan masa photoshop tu, saya akan ajar mcm mana nak warna muka yang ala-ala potret (Saya ada ajar peserta Bengkel Photoshop kat USIM. Harap boleh prektis ye. Dah siap, tunjuk kat saya, hehe..komen sikit.)

Pesanan akhir dari saya, buat peserta Bengkel di UKM, teruskan prektis ilmu yang dapat semalam dan hari ni. Kalau dah siap buat, boleh post kat FB dan tag saya. Nanti saya cuba komen untuk perbaiki dari semasa ke semasa. Jangan malu nak tunjuk kalau buruk, tapi berbangga sebab kita dah berusaha untuk perbaiki. =)

p/s: selagi masih hidup, tak berhenti dari belajar. Anda juga boleh ajar saya, kerana banyak lagi saya tak tahu..=)






Tags: , ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com