AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, July 17, 2011

Tutorial 1: Basic Skill.

Share & Comment
**Tutorial ini diterbitkan semula daripada blog peribadi, My Destiny.

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah, kali ni dapat juga saya sudahkan request tutorial, sesi mewarna. Entry ni atas permintaan kak Eyna Chan, dan beberapa sahabat yang lain tapi saya tengok hasilnya tak la macam sifu Bro Rusydee punya, tapi tak pe la. yang saya ajar ni basic je ye. Selebihnya korang kembangkan lah ikut kreativity masing-masing. No rule in arts, ok..

Sebelum tu, ada beberapa syarat yang perlu ada:

1. pastikan anda familiar menggunakan adobe photoshop untuk kesan yang lebih menarik (kalau tak jadi jangan mengamuk kat saya, huhu..)
2. Pastikan anda dah biasa mewarna sejak kecil, dah mahir bab tona warna, etc.
3. Pastikan anda membaca bismillah, huhu..

ok, kalau syarat pertama dengan kedua takde, tak pe. Tapi, teruskan berlatih, untuk mendapatkan hasil yang maksimum..sebab tutorial saya ni mungkin terlalu detail.

ok, kita mula sekarang...
**(klik pada gambar-gambar di bawah untuk besarkan.)

Tutorial:

1.Pilih mana-mana gambar yang anda suka.
--klik (File->Open) atau pun button browse di sebelah kanan anak panah.

pilih


2.Copy gambar tersebut supaya tak merosakkan gambar asal.

Right-hand-klik pada tempat tersebut, pilih copy.
3. hitam putihkan gambar tersebut dahulu, pastikan proses dilakukan pada gambar yang sudah di copy (klik pada 'background copy'). Klik:


1)image->black and white
2)image->level.
Selepas proses Black and White

Selepas proses Level
3. Ok, kita dah nak mula mewarna

---Klik, (erk, apa ntah namnya..) tempat yang saya 'label klik'
---'Normal' sepatutnya di ubah menjadi 'multiply'. 
---Dan jika anda terlupa ubah multiply pada mulanya pun (seperti saya..), tak menjadi masalah. Semasa proses mewarna pun anda boleh klik.
---klik Layer 1 untuk memulakan proses mewarna.
**(tujuan multiply, kalau tak klik akan menghilangkan lineart di layer bawah)


(gambar ni tengah tahan kesejukan  nak beku..huhu..
di rumah 4 musim.)


4. Pilih Berus, seperti yang dibulatkan. Diameter hendaklah halus untuk membuat lineart. 
    
     **Ok, sebelum tu saya nak anda faham fungsi mata tersebut. 
         Mata (Visibility) tersebut membolehkan anda menekap gambar asal atas sebuah kertas (layer) baru. Untuk sorok atau munculkan mana-mana layer yang anda suka.


Buat lineart terlebih dahulu

jika line tidak jelas utk di copy, unklik mata yg kedua untuk dapatkan gambar asal


5. Mulakan mewarna. Pastikan Opacity dan Flow masing-masing 30% dan 40% . Diameter boleh diubah sesuka hati, mengikut luas kawasan.

Sebelum diwarnakan.
Selepas--Jika menggunakan "Normal" 
Selepas--Jika menggunakan "Multiply"

6. Selepas anda dapat  garisan atau lineartunclik visibility (mata) pada 'background' serta 'backgroud copy'. Boleh teruskan mewarna dengan lebih detail. Proses berdikari pun bermula...


Cara untuk dapatkan tona warna. Lihat perbezaan tona warna dalam bulatan.


Jika anda hilang jejak warna yang anda gunakan, klik no. 1,
kemudian icon berbentuk dropper di klik pada warna yang anda inginkan.
Klik ok.
 

 Ratakan warna asas di bahagian muka. Selepas itu baru gunakan tona warna.

7. Kemudian, terangkan line art yang sudah dibentuk sebentar tadi. Gunakan Smudge tool. pastikandiameter yang digunakan adalah halus, sama ada 1,2 atau 3 mengikut kesesuaian gambar. Kemudian, teruskan warna tudung selepas dapat garisan-garisan lipatan tudung. (sebenarnya, ikut korang lah nak warnakan tudung dulu ke, muka dulu..mana yang kamu suka.)

Line art menjadi lebih jelas dan smooth.

8. Ok, almost done..ingat, kalau ada garisan pada pakai, gunakan warna lebih pekat, atau hampir dengan hitam. Sekarang ni pula, gunakan smudge tool pula untuk ratakan tona warna tadi.Diameterkali ni, ikut suka, nak besar pun takpe. Maka jadilah macam yang di bawah ni.

Sebatikan warna.

Gunakan pemadan utk padam lebihan-lebihan dari lineart bagi kemaskan lukisan.

DONE!! alhamdulillah..

hmm, kalau nak cek smula keserasian gambar asal dgn gambar yang sudah di edit pon, boleh jgak..
kalau nak warnakan gambar asal pun, boleh jugak..(yang ni ada rupa saya, huhu..)
dengan cara visible kan semua, atau mana-mana yang kamu suka.
Selepas di pindahkan ke gambar asal. Untuk pindahkan, save terlebih dahulu.
Pastikan anda save yang format *JPEG*
kemudian, close, open smula, dan drag ke atas gambar asal.
Replace orang sahaja.
Lebih elok edit sedikit gambar belakang supaya kelihatan tidak janggal.



Hmm..alhamdulillah,sudah siap..senang, kan? Walaupun mula-mula gambarnya menakutkan, tapi jangan fade up. Teruskan mewarna sampai siap. Eloklah guna gambar sendiri untuk sesi percubaan, sebab kalau guna gambar orang lain, takut diorang ketakutan tengok muka diorang diperingkat awal yang menakutkan, huhu..

Selamat mencuba!!
Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com