AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, December 11, 2011

[Cerpen] Istirehat Terbaik.

Share & Comment

Bismillahirrahmanirrahim...

Penulis memetik daripada status update sendiri, sebagai pemberi semangat kepada diri sendiri.

teringat kata-kata seorang sahabat dulu (tak ingat siapa): mati adalah istirehat paling baik...dan kata-kata imam hassan al-banna, lebih kurang macam ni, " seandainya kita sedar, sesungguhnya kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.."


jadi, jangan merungut kalau takde masa rehat...bak kata presiden SPMM, "Pendakwah yang sentiasa berfikir masalah ummat, masih ada masa lagi untuk memikirkan tidurnya. Pendakwah yang sentiasa berfikir masalah ummat secara serius, masih ada sedikit masa untuk memikirkan tidurnya.Pendakwah yang berfikir secara serius dan bertindak, hanya punya masa untuk tertidur, bukan tidur."

 Maka, tercetuslah idea cerpen ini.


-----------------

Rumaysa resah. Meneliti jadual kelasnya minggu depan. Minggu ini banyak kelas yang dibatalkan dan perlu di ganti, memandangkan Final Exam semakin hampir. Taklifan yang diberi juga semakin banyak. Dia hanya terbayangkan bagaiman kesibukan yang bakal dilanda. 

Masih diingati bagaimana seksanya beberapa minggu yang lepas, dia dibelenggu dengan tiga assignment yang perlu disiapkan dalam masa tiga hari, dan beberapa kerja persatuan. Pada malam tersebut, lenguh-lenguh bahunya menghadap komputer, kerana kesemua kerjanya memerlukan khidmat komputer.

Tet..Tet..

Sms masuk ke Samsung galaxy S2 nya.

"Salamullah, akak. Saya tak dapat datang untuk Liqa' esok, ada shooting untuk Subjek English."

Tet..Tet...

Sms kedua masuk. 

Tet..Tet...Tet..

Bertalu-talu, tiga sms masuk. Menandakan adik liqa' nya membalas mesej.

"Boleh kak. Insya Allah," balas Hana.

"Insya Allah kak, " balas Nisa.

"Akak, saya sakit kepala, tak baik lagi demam," balas Kareena.

Begitulah rutin sebagai naqibah Liqa' untuk adik-adik tahun satu. Sembilan orang yang di hantar sms, beberapa kerat sahaja yang reply. Namun, itu bukan masalah buat Rumaysa, kerana dia tahu, sebagai pendakwah, kita bukan memaksa, tetapi mengajak. Mengajak pula, memerlukan kesanggupan orang yang di ajak untuk mengikut atau tidak.

Walaupun agak kecewa, Rumaysa cuba untuk mendekati adiknya yang seorang itu, Kareena, kerana dua kali berturut-turut dia tidak mengikuti Liqa'. 

"Kareena, semoga cepat sihat. Roommate awak macam mana? Dapat datang tak?"

Send.

Pandangannya ditumpukan semula ke laptopnya. Ligat jari jemari menaip. Sesekali dahinya berkerut-kerut meneliti setiap figura di screen laptopnya.

Tet..Tet..

"Dia pun sakit kepala, hari tu pengsan." Berkerut-kerut dahi Rumaysa berfikir. Namun dia cuba bersangka baik. Sesekali dia teringat, pengalamannya semasa menjadi ahli liqa'. Kadang-kadang dia culas juga menghadiri liqa' dan pernah mencari alasan untuk tidak hadir. Mungkin inilah balasannya, barangkali. Mungkin juga apa yang dikatakan adik liqa'nya itu benar.

'Aku perlu melawat mereka ni,' getus Rumaysa. 

Mungkin itulah cara terbaik untuk mengeratkan silaturrahim bersama adik liqa'. Di samping mencari sebab sebenar mereka alah ke majlis ilmu seperti liqa'.

Terdapat beberapa orang lagi yang tak pernah dijumpainya. Fikirnya, dia harus melakukan sesuatu untuk mendekati lagi 3 orang adiknya.


-------------------------------------

Usai tamat kelas Thermodymanic, Qaleesya menyapa.

"Assalamualaikum ukhti, macam mana usrah kelas kita? Semuanya baik-baik?"

Rumaysa menoleh. Senyum di simpul, sambil menjawab salam.

"Waalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah, cuma ana baru buat dua kali. Minggu ni macam tak tak sempat." Qaleesya mengangguk. 

"Takpe Ukhti, semoga Allah permudahkan."

Senyum, masing-masing berbalas senyuman.

Rumaysa melangkah keluar kelas bersama sahabat-sahabatnya yang lain.

Walau kaki melangkah bersama, namun fikirannya terasing, jauh daripada sahabat-sahabatnya.

Kini, masih ada beberapa tanggung jawab yang tak dapat ditunaikan.

Liqa' untuk adik-adik tahun 1, Usrah untuk sahabat sekelas Engineering, dan juga permintaan sahabatnya, Dyarina pada awal semester untuk mengajarnya tajwid.

Kini hampir habis semester tersebut, namun satu kelas tajwid pun tak pernah di laksanakan. Alangkah serba salahnya dia merasakan.

"Rumaysa, jadi ke malam ni nak buat Liqa' sama dengan saya?" Aina menyapa dari belakang.

"Aina, insya Allah jadi. Saya ikut awak balik bilik awak. Nanti kita pergi sama-sama."

"Ok, jom," lalu Rumaysa mengekori langkah Aina.

-----------------------------------

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, Rumaysa datang. Wah. Ada apa-apa istimewa ke ni datang sini? hehe..Bagus juga, tak pernah dia sampai sini."

"Hehe, saja nak melawat-melawat kamu semua. Lagipun kejap lagi ada Liqa', pergi dengan Aina."

"Owh..Sila lah buat macam rumah sendiri."

Rumaysa mendekati bilik Dyarina. Mengetuk pintu, seiring dengan memberi salam. Salam dijawab.

"Rumaysa! Wah. Jemput la masuk."

"Takde, saja nak jenguk-jenguk. Tengah buat apa tu?" sapa Rumaysa sambil melihat laptop masih terbuka di hadapan meja belajar Dyarina. 

"Korea~~! huhu..Tak habis-habis budak ni," tawa mereka bersama.

Walaupun itu agak mengecewakan, namun Rumaysa tahu. Apa yang berlaku mungkin salah dia juga. Mungkin salah dia yang tidak menyampaikan peringatan. Teringat kelas tajwid atas permintaan Dyarina. Insya Allah, dia akan selitkan sedikit tazkirah. Insya Allah.

-------------------------------------------------
**dari sidang penulis:

"Salah ke tengok korea?"

"Tengok negara korea tak salah, malah tak berdosa."

"Cerita korea?"

"Kalau cerita tu melalaikan, mestilah tak boleh. Ana dah pernah tengok dah, buat rasa macam nak bercinta aje. Makin lagha je jadi. Tak tahu la kalau enti tengok makin mendekatkan diri kepada Allah..Wallahua'lam..ana sekadar menyampaikan peringatan, terpulang enti nak ikut atau tak."



-------------------------------------------------------

Ahad itu, Rumaysa sudah menghitung-hitung kerjanya. 

Minggu depan, Mid Term Java, Lab Test Java, Mid Term Thermodynamic, kemudian lagi dua assignment tertangguh.

Kemudian, taklifan persatuan, perlu mengadakan mesyuarat, di samping siapkan kerja. Cuba mencari ruang untuk Usrah kelas, Liqa' dan Kelas tajwid.

Kalau ikutkan semangatnya yang tidak kuat, rasa stress juga menghadapi minggu hadapan, bersama beberapa kelas ganti.

Dia cuba berbaring, melepaskan lelah pemikiran, di samping melepaskan penat menyiapkan kerja.

Lantas teringat, sudah lama tidak membuka Facebook. Mana tahu ada yang bermanfaat di dalamnya. Membaca perkongsian daripada sahabat seperjuangan.

Ruqaiyah Hmy says:

{Teringat kata-kata seorang sahabat dulu (tak ingat siapa): mati adalah istirehat paling baik...
dan kata-kata imam hassan al-banna, lebih kurang macam ni, " seandainya kita sedar, sesungguhnya kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.."
jadi, jangan merungut kalau takde masa rehat...bak kata presiden SPMM,
"Pendakwah yang sentiasa berfikir masalah ummat, masih ada masa lagi untuk memikirkan tidurnya.
Pendakwah yang sentiasa berfikir masalah ummat secara serius, masih ada sedikit masa untuk memikirkan tidurnya.
Pendakwah yang berfikir secara serius dan bertindak, hanya punya masa untuk tertidur, bukan tidur."}

Berderaian air matanya. Subhanallah. Peringatan yang sangat sesuai untuknya. Insya Allah, takkan mengeluh lagi. Andai kata terasa lelah, semput nafasnya, maka ingatlah, itu sudah menjadi lumrah dan rutinnya sebagai Daie.

Wallahua'lam..

p/s: update la status yang boleh bagi manfaat ke orang lain dalam FB..mana tahu boleh bg semangat ke kawan macam dalam kisah ni. Apa-apa pun, kisah ni takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. segala subjek, atau nama, atau course yang digunakan hanyalah di copy paste dan di pinjam sahaja, di sampin mempromosi life pelajar USIM.

-END-

**kalau nak kritik, atau tegur, atau betulkan, silakan. Ini hanyalah sebagai salah satu usaha utk menulis semula..^_^ From here.

Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com