AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Wednesday, November 2, 2011

Time To Writing?

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim..

Jenjalan, tiba-tiba terjumpa blog yang sangat best ni. hilang mengantuk di samping nota untuk test esok [kononla macam membaca sangat, huhu..]

Terasa ada inspirasi untuk menulis semula, yang dah terbengkalai...serasanya, dah hampir enam tahun tak menulis..paling last masa form2..start darjah lima, aku dan kawan-kawan dah mula mengarang & buat komik [walaupun agak ntah apa-apa kalau baca balik].

Betul juga kata pengarang blog ni..untuk mengarang memerlukan imaginasi yang sangat tinggi..masa form 2 dulu rajin la nak berimaginasi + fikir2kan idea-idea mengarut kreatif. Masa zaman tak dapat hidayah dulu [ceh], selalu buat novel pasal cintan cintun ni, sebab dipengaruhi novel kakak-kakak [salahkan orang lain plak..tak patut, huhu]..mula la, selalu nak fikirkan lain dari yang lain..haha, sebab tu kena kuat imaginasi. Ye la tu, sampai kerja sekolah pon tak buat masa tu. Sebab faktor nak PMR tu la, aku tinggalkan dunia lukisan + dunia mengarang ni..focus la kononnya..huhu..

Tapi, orang seni tetaplah orang seni..darah yang mengalir takkan hilang..huhu..

Aku rasa ni la agaknya hikmah aku masuk USIM, untuk menyambung balik bakat-bakat yang cuba dilupakan [kalaulah boleh, kan?]..

Tapi, semenjak dua menjak ni, aku rasa penyakit 6 tahun dulu, atau sindrom yang aku tak suka terjadi ni hampir terjadi lagi. Aku mula nak melukis + mewarna, setiap masa..rasa gembira di hati...aduyai..ni la yang selalu orang cakap tu, dunia hanya di tangan, akhirat di hati..kalau dunia di hati,macam ni la jadinya..alhamdulillah, setakat ni kuat lagi..

insya Allah, kerja2 sampingan tu waktunya hanya weekend. sekarang ni aku tak mampu dah berimaginasi macam zaman kanak-kanak dulu..kalau tak, tak jadi kerja..aduyai..sekarang ni pon berperang dengan buku [baca ke idak..] nak membaca pon jadi masalah..teruk betul la...apa la nak jadi...

sebab tu la, bila la aku nak letakkan ilmu2 fizik ni di hati? bilakah masanya?

aku rasa ada idea. Buat cerita tentang fizik..dunia fizik, nantikan aku...

----------------------------------------------

ok, ni cerita will be..cerita ni dilukis dalam masa tak sampai setengah jam je, siap dengan inking..cuma background je, rasa macam nak tampal gambar betul yang dah diedit. tapi, tengah tunggu weekend, masa-masa santai..untuk shading, screen tone [ceh], dan sebagainya.

Gambar lelaki paling besar tu la, macam gambar pelukis fevret aku zaman kanak-kanak dulu, Topan..dulu, aku suka beli komik 'blues selamanya', sebab banyak kartun-kartun lawa..huhu..beli sebab kartun je..lagi satu, jakalll..ni dapat la dijejaki sekarang..

ok, insya Allah, cuti seminggu ni siap la..dengan ada lagi satu cerita panjang..baru sampai ke page kedua..tu tak scan lagi, sebab nak tunggu siap..ok, nantikan komik keluaran kami (GenKU) ye..insya Allah, menyusul sem depan..[aku rasa cam nak reserve 10 helai komik la, hehe..]

Thanks for reading and support..=)
salam..

Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com