AD (728x60)

Followers

Powered by Blogger.

Tuesday, October 4, 2011

[Komik] Cover anything should be..

Share & Comment
Bismillahirrahmanirrahim..

Ini komik pertama yang dibuat secara digital. Bagi yang tak biasa guna photoshop [mcm saya], mungkin akan menghasilkan komik ini sangat-sangat lama. Orang cakap, yang penting mesej dakwahnya, tapi bagi saya dua-dua penting. Appearance and content, both important. Sebab apa, sebab mungkin saya berfikir terlalu panjang. Sebab bagi saya, ia satu persaingan dengan pelukis-pelukis komik biasa. Sebab masa kecik dulu, saya peminat setia komik Blues, sebab peminat setia pelukis jakal and lagi sorang, tak ingat. Yang penting, dia selalu lukis cerita yang watak utamanya "Is"..kalau tak silapnya nama penuh 'Iskandar'. Secara jujur, memang saya akan meminati sesebuah komik sebab cantiknya watak yang dilukis. Perkara kedua terpenting, mesejnya.

Kerana apa pentingnya appearance, kerana itu merupakan satu daya penarik, seterusnya barulah orang akan membaca mesej yang disampaikan. Kerana itu hakikat dunia sekarang. Jutaan maaf, mungkin dengan lukisan, saya cerewet tapi dengan manusia, insya Allah tak. Kerana apa, kerana manusia, kita perlu terima manusia seadanya, itu diluar kemampuan kita. Tapi tidak lukisan. Selagi ia berada di tangan anda, andalah penentunya. Pendek kata, saya hanya ingin bersaing dengan pelukis-pelukis bukan dakwah. Itu sahaja. Titik. Saya hanya ingin menarik lebih ramai pembaca agar berjinak-jinak dengan Islam. titik. selebihnya, anda fikirlah sendiri.

Justeru, saya menyeru agar pelukis-pelukis dakwah, sama-sama kita mantapkan kualiti. Saya bukanlah ingin katakan saya yang terhebat, dan seumpamanya, namun tak salah untuk kita sama-sama jadi yang terbaik. TERBAIK.



Akhir kata, selamat membaca. Apa yang baik, sama-sama kita ambil iktibar. Apa yang buruk, kita jadikan sempadan..

**boleh juga baca description di sini.
Tags: ,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Recent Posts

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Copyright © Ruqaiyah Hmy's Site. | Designed by Templateism.com